"Jika kamu berasa lelah dan tidak berdaya daripada usaha yang sepertinya sia-sia Allah tahu betapa keras engkau sudah berusaha. Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih Allah sudah menghitung air matamu. Jika kau fikir bahawa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu berasa berlalu begitu saja Allah sedang menunggu bersama denganmu. Ketika kau fikir bahawa kau sudah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi Allah punya jawapannya. Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau berasa tertekan Allah dapat menenangkanmu."
Ini KisahKu,Pen Off :)
0 comments:
Post a Comment